Home Berita PAS Selangor

PAS Kawasan Gombak kumpul RM118,640 untuk Palestin – PAS Kawasan Gombak

145
SHARE

May be an image of text that says "PAS KAWASAN GOMBAK TELAH BERJ BERJAYA MENGUTIP RM 118,640.00 UNTUK SUMBANGAN KE PALESTIN Terimakasih kepada semua penyumbang. Moga Allah terus memberikan kemenangan kepada pembebasan bumi Al-Aqsa. #AID4PALESTINE"May be an image of text that says "PAS KAWASAN GOMBAK TELAH BERJ BERJAYA MENGUTIP RM 118,640.00 UNTUK SUMBANGAN KE PALESTIN Terimakasih kepada semua penyumbang. Moga Allah terus memberikan kemenangan kepada pembebasan bumi Al-Aqsa. #AID4PALESTINE"

Khabar PAS KAwasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Antara kesan penganiayaan kepada saudara kita di Palestin oleh Rejim Zionis adalah penyatuan seluruh umat di dunia khususnya umat Islam. Semangat juang dan solidariti yang tiada tandingannya boleh membuatkan Israel itu sendiri lari ketakutan.

Pastinya ramai rakyat Malaysia yang mahu membantu mereka disana dengan sebolehnya. Oleh itu, NGO-NGO telah mengambil inisiatif membuat kutipan sumbangan untuk Palestin. Buat masa ini perjuangan menggunakan harta adalah bantuan yang paling efisyen.

PAS Kawasan Gombak dalam satu kenyataan menyatakan bahawa telah berjaya mengumpulkan dana Palestin sebanyak RM 118,640.00 (Seratus Lapan Belas Ribu, Enam Ratus Empat Puluh Ringgit) untuk disumbangkan ke bumi barokah itu. Jumlah ini juga turut menyumbang kepada jumlah kutipan Fasa 1 sebanyak RM 12 juta yang disumbangkan oleh PAS secara keseluruhan di peringkat pusat kepada Palestin melalui Aid4Palestine.

“Moga solidariti ummah ini terus diperkuatkan demi membebaskan bumi Al-Aqsa dari cengkaman penjajahan Zion1s. Teruskan menyumbang, teruskan berdoa, teruskan menyebar kebenaran”, dipetik bagai dikata.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor