Home Berita PAS Selangor

Palestine : What’s Next? oleh saudara Nadir Al Nuri – PAS Kawasan Bangi

536
SHARE

May be an image of 3 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan kita bahawa kini adalah masa untuk mencari penyelesaian, melindungi keadilan, mengembalikan keamanan di Palestin.

Antara petikan ucapan Tuan Guru, “Sekarang usaha untuk membina semula Palestin secara bersama dan didukung oleh kesatuan umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.”

“Kita mesti mengumpulkan kekuatan umat Islam.Kekuatan tenaga manusia, hasil bumi, ekonomi, dan kedudukan negara Islam di tempat yang strategik di dunia dari Asia Tenggara sehingga Laut Merah dan Gibraltar.”

Bagi menyahut seruan tersebut, PAS Kawasan Bangi membawa saudara Nadir Al Nuri, CEO Cinta Gaza Malaysia untuk mengupas isu terkini di Palestin. Para penonton akan lebih terbuka tentang isu-isu ini selapas mendengar khabar terus dari Palestin sendiri. Program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh : 26 Mei 2021 (Rabu- Cuti Wesak)
Masa : 5 PM
Media : Fb Live
Speaker : Tn Nadir Al Nuri, CEO Cinta Gaza Malaysia
Moderator : Tn Rosli Jusoh, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bangi
Anjuran : Lajnah Penerangan & Media Baru Dewan Pemuda, Muslimat dan PAS Kawasan Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor