Home Berita PAS Selangor

DMPN Selangor mendoakan kesembuhan buat Ketua Dewan Ulama dan Isteri – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

286
SHARE

May be an image of 1 person

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Semakin hari semakin teruk kita dikejutkan dengan berita kes COVID-19 yang semakin meningkat. Ditambahkan pula dengan berita mengenai varians COVID-19 yang lebih parah. Mungkin diantara kita ada yang diberi ujian oleh Allah SWT kehilangan orang yang mereka tersayang.

Kita juga dapat lihat bahawa virus COVID-19 ini bukan main-main dan boleh membawa maut. Oleh itu, kita seharusnya mengikut segala yang telah diperintahkan oleh kerajaan seperti menjaga jarak dan SOP dengan betul demi keselamatan rakyat Malaysia.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendapat perkhabaran musibah COVID-19 yang menimpa Ustaz Ridzuan Rahmat selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan isterinya yang kini ditempatkan di ICU bagi menerima rawatan COVID-19 agar segera sembuh dan diberi kekuatan melawan virus ini.

Memetik kenyataan Dewan Muslimat itu yang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ustaz Rizuan Rahmat bersama isteri serta seluruh keluarga dan mengangkat segera wabak ini dari bumi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor