GOMBAK | Pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa dimana kita menyambut insan yang bergelar guru. Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) mengucapkan Selamat Hari Guru 2021 yang bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.
Keikhlasan, dedikasi dan kreativiti para pendidik bagi menyampaikan ilmu walau apa jua keadaan, guru tetap gigih berusaha mendidik generasi harapan negara.
Malah dalam keadaan negara sedang berlawan dengan pandemik Covid-19 sekalipun, para guru terus berikhtiar untuk mengajar murid menggunakan kaedah terkini iaitu dalam talian demi memastikan ilmu dapat disampaikan kepada anak murid.
Hadirnya insan bernama guru menunjuk jalan cahaya dalam kegelapan. Generasi baharu dididik dengan penuh kesabaran dan kecekalan untuk melihat mereka membesar sebagai seorang ilmuan dan pemimpin masa depan.
Terima Kasih Cikgu.
Tulus Ikhlas Daripada : Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor