Home Berita PAS Perlis

100 pekebun getah terima bantuan hari raya

79
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 9 Mei: Seramai 100 orang pekebun getah dalam Parlimen Padang Besar, menerima ‘khabar gembira’ apabila terpilih menerima bantuan hari raya semalam.

Pada program yang berlangsung di Dewan Bukit Kerang, Beseri, dekat sini itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hadir menyampaikan bantuan kepada para pekebun tersebut.

Hadir sama, Pengerusi Perikatan Nasional Perlis, Mohd. Shukri Ramli serta sebahagian Exco Kerajaan Negeri Perlis.

Mohd. Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ketika ditemui berkata, bantuan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan para pekebun menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.

“Harapan kami agar bantuan yang diterima pada hari ini menjadi ‘khabar gembira’ buat para penerima khasnya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.