Home Berita PAS Perlis

Jentera Muslimat Muda siap siaga hadapi PRU15

142
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

KANGAR, 30 Apr : Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) telah mengadakan Pelancaran Jentera Muslimat Muda Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung pada 29 April lalu.

Program yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kangar, dekat sini, telah mengangkat tema Wehdatul Fikr, Wehdatul Amal bagi pembakar semangat para peserta.

Lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada muslimat muda hadir dalam pelancaran tersebut.

Turut sama hadir, Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Latipah Mat, Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPNPs, Nor Shahirah Salleh serta Ketua Muslimat Kawasan bagi ketiga-tiga kawasan iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Menurut Nor Shahirah, program berkenaan diadakan bagi menghimpunkan jentera muslimat muda PAS di negeri ini sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 nanti.

“DMPNPs akan memastikan muslimat muda sentiasa bersiap siaga di samping memperkemas gerak kerja di semua peringkat.

“Kita juga berharap agar muslimat muda mampu membentuk wehdatul fikr dan wehdatul amal dalam kalangan jentera agar seluruh perancangan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya ketika ditemui di sini.