Home Berita PAS Perak

Perpaduan Ramadan : Edaran bubur lambuk Jabatan Amal

239
SHARE

OLEH ABU HAKAM

Padang Rengas – Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Jabatan Amal Kawasan Padang Rengas dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan telah mengedarkan lebih 150 bungkus bubur lambuk percuma kepada warga Padang Rengas.

Program ini bermula seawal jam 11.30 pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk oleh Jabatan Amal Kawasan yang diketuai Saudara Mohd Husni Mohd Kamil bersama DPPK dan ahli-ahli PAS Cawangan Paya Panjang.

Seusai menyediakan dan membungkus bubur lambuk, Jabatan Amal Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda Kawasan mengedarkan sambil menyantuni penduduk Padang Rengas yang beratur mengambil bubur lambuk tersebut secara pandu lalu di hadapan Petronas Padang Rengas.

“Program ini antara aktiviti yang telah disusan dan dirangka oleh DPPK bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan berlumba-lumba melakukan kebajikan dan kebaikkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu membantu bagi menjayakan program ini” kata Mohd Husni Mohd Kamil, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Padang Rengas.

Turut hadir dalam program ini Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Encik Abd Latif Mohd Nor, Jabatan Amal Kawasan serta AJK PAS Kawasan.