Home Berita PAS Perlis

MN Perlis edar bubur lambuk

354
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 23 Apr : Setelah ‘bermuafakat’ di Bazar Ramadan Kuala Perlis beberapa hari lalu, Muafakat Nasional (MN) Perlis meneruskan program edaran bubur lambuk dan pelindung muka di DUN Sena.

Semalam, PAS dan UMNO Perlis telah mengadakan program secara bersama di Bazar Ramadan Sena, dekat sini.

Ketua Penerangan UMNO Perlis, Dr Fathul Bari Mat Jahaya dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail antara yang turun padang menjayakan program tersebut.

Wan Hassan yang ditemui semasa program berlangsung berkata, hubungan erat antara PAS dan UMNO di negeri ini terus diperkukuh menerusi program-program yang diadakan secara bersama.

“Alhamdulillah, di peringkat negeri, kedua-dua parti (PAS dan UMNO) memberikan komitmen yang amat positif untuk terus mengukuhkan hubungan yang terbina dalam Muafakat Nasional.

“Banyak program telah kami rancang dan jayakan bersama dan rakyat di negeri ini sememangnya mengharapkan agar penyatuan ini dapat dikekalkan,” katanya.