Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas kesihatan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.
Menerusi tema sambutan pada tahun ini iaitu ‘Mewujudkan Dunia yang Sihat dan Adil’, marilah bersama mengamalkan sikap keadilan dalam sistem kesihatan terutamanya dalam fasa imunisasi vaksin COVID-19 ketika ini.
Semua pihak diseru untuk mengikuti pembahagian kategori yang telah ditetapkan bagi menerima suntikan vaksin dengan sewajarnya.
Utamakan mereka yang memerlukan tanpa sebarang kepentingan peribadi. Semoga seluruh dunia khususnya Malaysia dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang telah bersama dengan kita sepanjang satu tahun ini.
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’