Home Berita PAS Pusat

Selamat Menyambut Hari Doktor Sedunia

1785
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Doktor Sedunia yang diraikan pada 30 Mac setiap tahun bagi memperingati dan menghargai jasa para doktor.

Kini, doktor menjadi ‘frontliner’ utama dalam mengekang wabak COVID-19. Tugas seorang doktor sangat mulia di sisi agama Islam bahkan semua agama turut mengiktiraf pengorbanan mereka dalam menyelamatkan nyawa tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengorbanan itu memberi kesan yang besar terhadap negara terutamanya semasa awal penyebaran wabak COVID-19. Walaupun negara sudah mendapatkan vaksin, norma baharu perlu terus diamalkan. Semoga seluruh rakyat turut memberi kerjasama yang padu untuk membantu ‘frontliner’ mengawal wabak ini.

PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh insan yang bergelar doktor. Semoga dikurniakan kemudahan dan keberkatan dalam menjalankan tugas.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’