Home Berita PAS Sabah

Musafir demi dakwah di pedalaman Sabah

493
SHARE

Oleh: Basith Samad
28 Mac 2021

KINABATANGAN: Demi memastikan syiar Islam terus berkembang di bumi Sabah, ahli rombongan terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan kerjasama PAS Kawasan Kinabatangan telah korbankan masa cuti panjang mereka.

Kg. Sangau yang terletak di pedalaman Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan menjadi tempat tumpuan dalam menjalankan misi dakwah pedalaman kali ini.

Program yang berakhir semalam telah berlansung selama dua hari satu malam bersama masyarakat kampung dalam suasana yang meriah dan mesra.

Menurut wakil Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Azrin Razaly, Kg. Sangau adalah merupakan perkampungan pertama yang menjadi pilihan untuk program misi dakwah pedalaman pada tahun ni.

“Sesampai sahaja kami di masjid, sambutan dari masyarakat kampung yang sangat baik dan kehadiran semasa kuliah Maghrib disampaikan juga sangat menggalakkan.” Katanya.

“Kami selitkan kata-kata semangat dan nasihat kepada semua hadirin dalam sesi kuliah tersebut agar terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh terutamanya dalam bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba.” Tambahnya lagi.

Imam Masjid Raudhatus Salam, Ahmad bin Tamah yang melayan rombongan sepanjang program juga mengharapkan pertemuan ini bukan lah pertemuan yang terakhir dan merancang beberapa siri program dakwah di kg ini bersama PAS dapat diteruskan lagi.

Turut bersama dalam rombongan tersebut, Penyelaras Parlimen Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kinabatangan, Najme Nasir, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Basith Abdul Samad dan Ketua Komandan Jabatan Amal Kawasan Kinabatangan, Lias Titing.