Oleh : Faizah Yusof
BAHAU – Tuan Haji Ishak Omar bersama ‘team’ Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan menyantuni keluarga Abhiramee a/p Perumal di sini hari ini.
Beliau yang merupakan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Jempol, pernah bertugas sebagai PACA semasa PRU ke 14 lepas.
Suaminya pula baru meninggal dunia pada 09 Mac 2021 lalu dan mempunyai tanggungan 6 orang anak.
Bantuan dihulurkan berbentuk kewangan dan barang keperluan asas.
Turut hadir Puan Rohayati Md Diah, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS NS.