Home Berita PAS Pahang

SRITI Pahang Zon Timur beroperasi dengan patuh SOP

798
SHARE

Kuantan; 10 Mac 2021 – Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pahang dan SRITI Pahang telah mengadakan kunjungan & ziarah ke beberapa buah SRITI di Zon Timur hari ini. Program ini adalah rentetan sesi ziarah serta pantauan SOP di semua sekolah SRITI yang telah beroperasi.

Kunjungan ini telah disertai oleh Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al Hafiz (Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pahang), turut bersama Ustaz Muhammad Shukri Shuib (Pengarah Jabatan SRITI Dewan Pemuda PAS Pahang), Ustaz Akmal Haikal Abdul Rahman (Pen. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang) & Ustaz Saufi (Setiausaha Kerja SRITI Negeri Pahang).

Kunjungan dan lawatan ini sangat bermakna buat warga SRITI Indera Mahkota, SRITI Al Husna Pekan, SRITI Al Itqan Paya Besar serta SRITI As Syafie, SRITI Indera Sempurna Kuantan yang akan jadikan sebagai pendorong semangat buat warga SRITI yang telah beroperasi pada tahun 2021 setelah sesi PDPR semasa PKP tempohari.

Beberapa nasihat dan cadangan dari mereka akan kami ambil untuk dijadikan sebagai panduan dan bekalan bagi memastikan semua SRITI dapat berjalan dengan lebih baik dan jayanya dalam dunia jihad pendidikan dan tarbiah ini.

Dalam sesi ziarah ini juga ditekankan berkenaan pematuhan SOP pengoperasian dalam tempoh PKPP. Semua SRITI telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Terima kasih pada Ustaz Zarimi Shubrawi , Ustaz Muhammad Shukri Shuib, Ustaz Akmal Haikal dan Ustaz Saufi Firdaus yang sudi hadir dari jauh mengunjungi dan ziarah di SRITI Zon Timur.