PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) BERSAMA PERTUBUHAN PEDULI IPOH
.
6 Mac 2021, CHEMOR – JAS Perak telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) pada hari ini bersama dengan Pertubuhan Komuniti Peduli Ipoh di Dewan Komuniti Kg Ulu Chepor Tambahan, Chemor. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin.
.
Turut hadir dalam program ini adalah Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh, Penghulu Mukim Ulu Kinta dan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh serta JPKK Kg. Ulu Chepor.
.
Keseluruhan kutipan e-waste yang telah dibuat di kalangan warga komuniti Taman Chepor Indah dan Taman Chepor Sentosa lebih kurang 2 tan. Kutipan telah dibuat oleh Kontraktor berlesen JAS, Edsha Solution Sdn Bhd.
.