Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Kembali Ke Sekolah 2021 – BPPWP

1071
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan guru-guru yang akan kembali ke sekolah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka (PdPC) secara berperingkat bermula esok, 1 Mac 2021.

Sektor pendidikan adalah antara sektor utama yang terkesan dengan pandemik COVID-19, baik kepada pelajar, guru-guru mahupun ibubapa. Pelbagai kaedah telah cuba diusahakan untuk memastikan pelajaran anak-anak kita tidak terabai.

Tidak dinafikan kelemahannya masih ada di pelbagai sudut, ditambah pula dengan situasi wabak ini yang belum tentu surutnya. Namun begitu, kita tidak boleh menyerah kalah dan terus berusaha semampunya untuk mengekalkan kualiti pembelajaran anak-anak kita.

Pihak guru dan ibu bapa perlu bekerjasama erat dalam memainkan peranan masing-masing dan juga saling memahami agar kesejahteraan pendidikan anak-anak kita terus terpelihara.

Akhir kata, selamat menjalani PdPC kepada semua yang terlibat. Semoga urusan kita semua dipermudahkan demi pendidikan dan masa depan anak-anak kita.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
28 Februari 2021 l 16 Rejab 1442H