Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya melalui aplikasi Zoom pada perang tadi dengan penyertaan seramai 145 perwakilan dari seluruh pemuda kawasan di negeri Pahang.
Seramai 3 Pembahas telah membentangkan hujah masing masing yang semuanya menjurus kepada pemeriksaan gerak kerja pemuda di semua peringkat.
Dalam program yang berlangsung selama 4 jam ini semua pemuda juga telah menerima amanat terus dari saff kepimpinan Pemuda PAS Malaysia dan saff DPPM juga telah menjawab soalan yang telah diberikan oleh semua perwakilan.
Semoga pemuda PAS Pahang tidak hanyut dengan dunia sendiri walaupun cabaran yang sedang berlaku ini juga tidak menjadikan senyap pemuda senyap dari melakukan tugas tugas sebagai seorang pemuda.
“Memimpin Negara”