Home Berita PAS Sabah

JAM Sepanggar dan Tabung Darah HWKKS bersatu dalam AMBD’21.

474
SHARE

Oleh : Sallman Darwis
18 Januari 2021

SEPANGGAR : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Sepanggar turut mengambil bahagian Program Amal Mega Blood Donation 2021 (AMBD’21) yang diadakan serentak di seluruh Malaysia.

Program derma darah mega yang diadakan di Centre Atrium, 1 Borneo Hypermall dan berlangsung pada 16 sehingga 17 Januari ini telah berjaya mengumpul sebanyak 35 beg darah.

Lapan orang pegawai dari Unit Tabung Darah Hospital Wanita dan Kanak – Kanak Sabah (HWKKS) turut hadir bersama dalam menjayakan misi untuk mendapatkan 5000 orang penderma darah di seluruh Malaysia.

Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Afiq Norddin ketika hadir menderma darah menyatakan komitmen dan kesungguhan JAM Sepanggar bagi menjayakan program ini.

“Anggota JAM Sepanggar telah membuat persiapan dari beberapa minggu lepas bagi kelancaran derma darah hari ini.” Jelas Afiq

Ketika ditemui, Siti Hawa yang merupakan salah seorang penderma memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk menderma darah kerana ia dapat membantu orang lain.

“Program seperti ini sangat baik dan seharusnya diadakan dengan lebih kerap sebagai simbol kasih sayang antara kita rakyat Malaysia.” Tambahnya lagi.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Nasir Morni, Komandan JAM Sepanggar, Hasruddin Syamsuddin serta beberapa orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar.