Home Berita PAS Wilayah

Back To School Hadiah PAS Buat Rakyat

459
SHARE

Oleh : NUSAIBAH IBRAHIM

TITIWANGSA, 10 Januari- PAS Zon Kg. Baru telah mengadakan Program Back To School (BTS) di PASTI Muhamad Al Fateh hari ini dengan jayanya.

Program yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk membantu serba sedikit anak-anak asnaf untuk memiliki kelengkapan persekolahan.

Majlis hari itu dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Ketua Zon Kg. Baru, Ustaz Rahman Hamzah bagi memberkati PASTI Muhamad Al Fateh yang baru berpindah dari Jalan Raja Musa ke Jalan Raja Uda 2.

Di samping itu, pada majlis tersebut menyaksikan pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat PAS Zon Kg. Baru dan Pusat Aduan Majlis Perwakilan Penduduk Kg. Baru yang berlokasi di PASTI berkenaan.

Program BTS tersebut telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Tn. Hj. Khairul Anuar Abd Manap.

Dalam ucapan perasmian, Hj. Khairul Anuar telah menegaskan kepada seluruh ahli PAS supaya jangan terpengaruh dengan jarum musuh yang mahu memecahkan ummat Melayu Islam.

Beliau mengajak ahli PAS supaya meneguhkan saf Jama’ah, bergerak bersama wehdatul fikr dan wehdatul amal, serta menghayati sirah persaudaraan antara Aus dan Khazraj yang akhirnya membuahkan kemenangan Islam di kota Madinah.

Turut hadir dalam program BTS pagi tadi ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa, Pn. Sharifah Rashida Sayed Idrus, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Titiwangsa, Cikgu Yusoop Abdul Hamid serta Pengerusi Lajnah Dakwah dan Perpaduan Nasional, Ustaz Shuhaimi Abd Aziz.

Dalam majlis ringkas tersebut, seramai 30 orang kanak-kanak telah menerima sumbangan BTS yang berupa beg sekolah, alat tulis, pelitup muka dan wang tunai.

PAS Kawasan Titiwangsa juga merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)