Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah gesa kerajaan tarik balik cabutan khas judi

763
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
4 Januari 2021 | Isnin.

Dewan Pemuda PAS Kedah meminta agar kerajaan tidak menambah pendapatan negara melalui langkah menambah kekerapan cabutan khas judi dari 8 kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula 2021.

Kami tegas bahawa arak dan judi sesekali tidak akan membawa keberkatan kepada negara dan sosial bahkan membawa kepada pelbagai malapetaka.

PAS membantah judi dan arak sejak awal penubuhanya bukan sekadar bola tanggung atau kelebihan politik sahaja seperti sesetengah pihak.

Kami mengajak semua pihak,NGO mahupun parti politik pembangkang agar kekal momentum bantahan penambahan cabutan judi ini dan jangan hanya sebagai suara politiking semata-mata.

PAS yang bertunjang Al-Quran,Hadis,Ijmak dan Qias istiqamah dengan nas ayat 90 dari Surah al-Ma’idah yang menyebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah al-Maidah: 90)

Bagi penambahan dana dan penbambahbaikan ekonomi akibat wabak,pelbagai model inisiatif ekonomi boleh dilaksanakan jika kerajaan meneliti bersama ramai pihak, NGO para ahli akademik ekonomi di negara ini.

Kami menyokong usaha tulus Pemuda PAS Malaysia yang menunjukkan komitmen dengan mengusahakan satu pertemuan dengan YB Menteri Kewangan bagi menyelesai isu ini.

Nasihat kami kepada MP Pokok Sena janganlah berlagak seperti hero dalam isu ini, kerana bimbang seperti ayam kokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan tahi.

Yang Benar,

Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah