Home Berita PAS Sarawak

Ada Apa Dengan PAS Sarawak

536
SHARE

Dan katakanlah, “Bekerjalah kalian, sesungguhnya Allah dan Rasul Nya serta org beriman akan melihat kerja kalian. Dan kalian akan di kembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan yang Nyata, lalu diberitakan kepada kalian di atas apa yang kalian kerjakan”

Surah At Taubah 105

Ramadhan kembali hadir menemui kita dalam sedar dan tidak sedar. Kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini menuntun orang yang beriman memulakan “projek mencapai taqwa” ( Piety Project) menerusi amal soleh sepanjang bulan yang di turunkan Al qur’an ini.

“Projek Taqwa” bagi ahli PAS menjelang Ramadhan terdiri daripada beberapa projek imarah (memakmurkan) masjid surau dengan amal fardi (individu) juga termasuk berlumba mencari ruang kerja kebajikan (welfare deeds) buang seluruh masyarakat tidak kira latar belakang agama dan bangsa.

Bahkan sebelum tiba Ramadhan, ahli PAS seluruh pelusuk negara akan sibuk merangka pelan bagi mengisi aktiviti dakwah dan kebajikan dalam bulan Ramadhan.

PAS Sarawak turut menjadikan Ramadhan peluang terbaik untuk bersama masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa dan agama. Ahli PAS di seluruh Sarawak sibuk menyusun jadual program kebajikan termasuk sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf, program edar bubur lambuk, tazkirah (ucapan) sepanjang Ramadhan, tadarus Al Quran, Singgah Sungkei (edaran pack makanan berbuka) dan Singgah sahur.

PAS Sarawak hadir bagi menzahirkan Islam sebagai agama Rahmat buat semua masyarakat Sarawak. Islam sebagai agama harmoni yang berbuat baik kepada seluruh manusia. Islam sebagai penyelamat dan penyelesaian kepada permasalahan manusia.

Kami kawan kamu
Kami teman kamu
Kami bebakti utk kamu..
Rakyat Sarawak

Semoga ruang kebajikan di dalam bulan Ramadhan menjadi ruang kuat dakwah bagi kami untuk melihat Islam kembali gemilang di Bumi Kenyalang yang tercinta ini.

Sejahtera Bersama Islam

Muhammad Afiq Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak

 

{jathumbnail off}