Home Berita PAS Wilayah

Sokong Garis Panduan Permohonan Lesen Minuman Keras

652
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Sokong Garis Panduan Permohonan Lesen Minuman Keras

1. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) mengambil maklum tentang penambahbaikan Garis Panduan dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras yang telah dimuktamadkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

2. Penambahbaikan Garis Panduan tersebut menunjukkan keprihatinan DBKL dalam mengurangkan risiko terhadap kesihatan individu dan keselamatan masyarakat sekeliling akibat pengambilan minuman yang memabukkan di kalangan warga kota.

3. DMPWP juga memuji ketegasan DBKL dalam mengekang penglibatan individu muslim dalam penjualan minuman keras dengan mengehadkan pemilikan lesen penjualannya hanya kepada peniaga bukan Islam dan pemilik perniagaan juga dilarang dari menjual minuman keras ini kepada orang Islam.

4. Langkah tersebut merupakan satu penghormatan kepada hukum Islam yang jelas mengharamkan umat Islam dari terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam perkara-perkara yang melibatkan arak.

5. Semoga tindakan ini menatijahkan kehidupan yang lebih sejahtera buat seluruh warga Wilayah Persekutuan.

#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#WilayahSejahtera
#kitajagakita

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
19 November 2020 | 4 Rabiulakhir 1442H