Home Berita PAS Pahang

MANTAP MOHON PERTIMBANG ; TERUSKAN OPERASI INSTITUSI TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK DI PAHANG

1228
SHARE

Berikutan pengumuman oleh KPM hari ini dengan penutupan semua sekolah di bawah KPM bahkan termasuk juga sekolah-sekolah di Pahang sedangkan Pahang adalah negeri Zon Hijau.

Berikutan kes kes Covid19 di Pahang mutakhir berlaku adalah disebabkan berpunca dari individu-individu yang datang/atau balik ke Pahang dari Zon Merah.

Kini setelah PKPB dilaksanakan di kebanyakan negeri dan rentas negeri tidak dibenarkan; insya Allah kita mendoakan agar negeri Pahang terus kekal sebagai Zon Hijau dan selamat.

Maka dengan ini pihak MANTAP Pahang menggesa agar pihak berkuasa agama mempertimbangkan supaya institusi tahfiz, madrasah dan pondok swasta di negeri Pahang dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan MUIP semasa pengoperasian semula pasca PKP.

Memandangkan kebanyakan operasi tahfiz, madrasah dan pondok adalah dengan tiada pelajar yang berulang, pelajar semuana tinggal di asrama dengan kawalan ketat keluar masuk, dengan SOP, tiada aktiviti luar institusi, tiada lawatan, tiada jemputan tahlil dan sebagainya insya Allah kita harapkan anak-anak pelajar boleh terus menghafaz Al Quran dan meneruskan pengajian tafaqquh ilmu agama.

Bahkan di tahfiz, pondok dan madrasah, setiap hari kami adakan Qunut Nazilah menolak bala dan wabak serta solat hajat untuk keselamatan semua.

MANTAP memohon dan merayu dengan penuh kesungguhan dan harapan yang menggunung serta munajat kepada Allah agar pihak berkuasa agama di negeri Pahang dapat mempertimbangkan agar tiada penutupan institusi tahfiz, pondok dan madrasah di negeri ini.

Bukan mudah untuk beroperasi semula pasca PKP yang lepas, hinggakan ada premis institusi yang terpaksa mengubahsuai bangunan bagi mengikuti kreteria dari pihak Bomba, Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan SOP dari pihak KPM, sedangkan sumber dana semua ini adalah sendiri dan ihsan dari oranng ramai. Belum diambil kira lagi seandainya berlaku penutupan semula menyebabkan hilang kewangan dan kekangan kewangan untuk bayaran gaji guru dan staf yang majoriti sumber kewangan adalah dari yuran pengajian.

Melihat kepada situasi di tahfiz, pondok dan madrasah di negeri Pahang berdasarkan pertimbangan di antara ‘maslahah yang mutahaqaqah (pasti)’ dan ‘mafsadah yang mutawaqqaah (diandaikan terjadi)’ kami berpendapat bahawa amat wajar pusat pendidikan ini dibenarkan beroperasi.

Sekali lagi kami MANTAP Pahang mengharapkan agar pihak berkuasa agama dapat mempertimbangkan dengar sewajarnya agar pelajar pelajar dapat meneruskan sesi hafazan al Quran dan pengajian di institusi tahfiz dengan pematuhan SOP seperti yang telah ditetapkan.

Sekian, mohon perhatian dan pertimbangan.

Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang
MANTAP Pahang.