Home Berita PAS Sabah

PAS Kudat terus bantu masyarakat terjejas

1335
SHARE

Oleh: Suziana Ghani
4 Oktober 2020

KUDAT: PAS Kawasan Kudat meneruskan misi kebajikan dengan mengagihkan sumbangan kepada masyarakat di sekitar Kudat yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Seramai 130 buah keluarga sekitar Kg. Tanjung Kapor, Kg. Marang Parang, Kg. Lokotan, Kg. Nangka, Kg. Lodung dan Kg. Limau Limauan menerima barangan dapur berbentuk beras, tepung, bihun, minyak, telur dan gula pada kelmarin dan hari ini.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Kudat, Nemrone Loveh, PAS Kudat mensasarkan sumbangan keperluan petugas barisan hadapan, keluarga yang dikuarantin, asnaf, fakir miskin dan masyarakat yang hilang sumber pendapatan keluarga sepanjang pandemik COVID-19.

Katanya lagi, PAS Kudat mengutamakan keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

“Dana daripada Tabung COVID 2.0 merupakan sumbangan orang ramai, jadi pengagihan dilakukan secara berperingkat bergantung pada dana yang kami peroleh,” ujar Nemrone.

Setakat ini seramai 832 buah keluarga sekitar Kudat telah menerima sumbangan sejak Tabung COVID 2.0 dilancarkan pada 11 Oktober lalu.