3 November 2020
Penulis: Nik Rohana Sulaiman
Rompin :: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin telah menganjurkan Program Ziarah bagi mengagihkan pensanitasi dan sabun tangan ke sekolah-sekolah Pasti dan Sriti di seluruh kawasan Rompin.
Program agihan tersebut telah dibahagikan kepada tiga DUN dalam kawasan Rompin iaitu DUN Ibam, DUN Muadzam dan DUN Tioman.
Pengagihan di bahagian PASTI dan SRITI DUN Tioman telah diketuai oleh Ketua Lajnah Pendidikan DUN Tioman Ustazah Mashitah Ahmad diiringi Ketua HalWa DUN Tioman Puan Puzi Ahmad dan disertai oleh Ahli jawatankuasa HalWa DUN Tioman.
“Di dalam menghadapi suasana penularan pandemik covid-19 ini Pihak Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin telah mengambil satu inisiatif untuk mengekang penularan wabak ini daripada menular terutama dalam kawasan Rompin dengan mengambil langkah mengagihkan pensanitasi dan sabun tangan ke seluruh kawasan Rompin termasuk DUN Tioman ini,” kata Ustazah Mashitah Ahmad.
Haji Abdul Aziz Abdul Hamid Selaku Setiausaha PAS DUN Tioman bersama Abdul Jabar Ismail selaku Ketua PAS Cawangan Kampung Pianggu turut hadir bagi membantu kelancaran pengagihan tersebut ke sekolah-sekolah PASTI dan SRITI sekitar DUN Tioman.