Home Berita PAS Pusat

Kenapa Kita Perlu Memboikot Produk Keluaran Perancis?

2301
SHARE

KENAPA KITA PERLU MEMBOIKOT PRODUK KELUARAN PERANCIS?

1. Sebagai tanda protes dan bantahan

Kempen ini adalah tanda bantahan kita terhadap tindakan pemimpin negara yang sengaja menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam dengan menghina Rasulullah serta menyemarakkan api Islamofobia. Wajar bagi kita umat Islam yang cintakan Agama dan Rasul-Nya untuk memberi tindak balas dan menyatakan bantahan terhadap perbuatan biadap itu.

2. Salah satu mekanisme jihad semasa

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 190, “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.”

Perlu difahami bahawa jihad itu bukanlah semata melalui peperangan sahaja tetapi juga melalui mana mana mekanisme yang bersesuaian dan mengikut kemampuan semasa termasuklah melalui pelaksanaan boikot ekonomi.

3. Memberi tekanan bagi mengalahkan musuh

Kempen yang digerakkan ini juga adalah bertujuan untuk memberi tekanan dan melumpuhkan kekuatan musuh sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang mengepung Yahudi Bani Nadhir hingga memutuskan segala punca ekonomi dan kemasukan bekalan bagi melemahkan mereka sehingga mereka mengakui kalah setelah mengkhianati perjanjian.

4. Dikenakan kepada orang kafir yang memusuhi

Perlu dibezakan antara kafir yang memusuhi dan memerangi Islam serta kafir yang tidak memusuhi dan memerangi Islam.

Allah berfirman, “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).” (Surah Al-Fath:29)

Dengan ini, seruan kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama bersolidariti menyatakan tentangan terhadap mereka yang telah menghina agama Islam dan Baginda Muhammad SAW dengan memboikot segala produk keluaran Perancis.

Semoga usaha ini diredhai Allah dan menjadi saham buat kita di akhirat kelak.