Home Artikel PAS Sabah

ADUN Sabah ziarah mangsa kebakaran

530
SHARE

Armain Juhari
29 Oktober 2020

KENINGAU: YB Dr. Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah berkesempatan menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Purakogis. Ziarah tersebut dilakukan selepas menerima maklumat kejadian kebakaran di kampung tersebut pada pagi kelmarin.

Kejadian tersebut telah memusnahkan sebahagian besar rumah dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Sewaktu kejadian hanya mangsa dan dua anaknya yang berada di rumah. Mangsa menyedari kebakaran tersebut apabila mendengar bunyi letupan dan dipenuhi asap di tingkat. Beliau menjangkakan kebakaran bermula dari papan agihan elektrik atau ‘Distributor Board’.

Dr. Aliakbar telah bergegas bersama pimpinan PAS Keningau untuk menziarahi keluarga tersebut. Beliau turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai mewakili PAS Keningau.

Hadir bersama dalam ziarah mengiringi ADUN Sabah ialah Yang Dipertua PAS Keningau Abdul Hisham Othman dan Timbalan Yang Dipertua Sahmain Hassim.

“PAS Kawasan Keningau akan membantu keluarga mangsa untuk membersihkan rumah yang terbakar ini dan kita akan lihat keperluan untuk memperbaiki bahagian rumah yang telah terbakar,” ujar Abdul Hisham.

Beliau turut mendapatkan maklumat berkaitan keperluan lain seperti pakaian dan peralatan dapur untuk diberi perhatian dan tindakan susulan.