Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media Bersama Pemuda PAS & Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP PAS Negeri Selangor

573
SHARE

Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menyokong penuh usaha dalam memperteguh muafakat dan memperkukuhkan perpaduan menerusi pendaftaran Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Malaysia sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti menerusi Kenyataan Media Kelmarin.

Pendaftaran Muafakat Nasional ini menjadi bukti kukuh bahawa muafakat antara PAS dan UMNO terus berjalan dengan baik dan menutup terus mulut-mulut jahat pihak yang cuba merobek muafakat yang telah terjalin ini.

Keseriusan dalam mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi ini hakikatnya membuka harapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang kini mencari platform terbaik dalam politik tanah air dalam mempertahankan agama, ummah dan mengembalikan kestabilan politik negara ke arah lebih baik.

Bagi pihak pemuda Negeri Selangor dari kedua-dua parti iaitu PAS dan UMNO ialah ini masa terbaik untuk melangkah terus maju ke hadapan menyelamat politik tanah air dengan menjadikan Muafakat Nasional sebagai peneraju muafakat suara ummah dan seluruh rakyat berbilang kaum yang cintakan keamanan dan kesejahteraan berteraskan pasak Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan yang sedia ada.

Justeru, harapan kami Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor agar pimpinan tertinggi parti terus berkhidmat untuk rakyat dan semoga permuafakatan ini menjadi titik noktah buat perbalahan parti yang sudah sekian lama.

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

YB Rizam Ismail
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor