TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 9 / 1438 H
“SIARAN LANGSUNG BERSAMA RABB”
Hikmah Ramadhoniyah bak tengah lautan yang jauh ditepian. Di pandang kanan, kiri, depan dan belakang semuanya fatamorgana kebiruan. Ibarat ini sebagai signal luasnya hikmah tersebut, menuntut luas amal hamba yang menagihinya.
Satu dari titisan biru lautan itu ialah hampirnya Allah dengan hambanya. Apatah lagi di bulan Ramadhan. “Live” atau Siaran Langsung bersama Allah SWT berlaku setiap detik bahkan lebih dari pusingan detik. Sehampir itu Allah SWT, namun hamba-Nya melupai.
Amilin muda menggalas amanah perjuangan. Berdepan dengan pasang surut “larian amal” yang menguji. Api pecutan sentiasa ada bilamana memahami “Live” tuhan bersama hamba-Nya. Apatah lagi landasan Harakatul Ummah itu melaksanakan kewajiban arahan-Nya.
[Surat Al-Baqarah 186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
USHH
#akupemudapas
#undilahpas