Oleh : Ustaz Hanif J
Kepimpinan bukanlah mainan, Ia merupakan amanah yang akan dihisab dan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Dengan amanah tersbut apa yang kamu dah lakukan? Bagaimana keadaan rakyat di bawah kamu? Peruntukan yang diberikan di manakah kau belanjakan? Dan pelbagai lagi seribu soalan yang akan dipersoalkan.
Amanah ini bukanlah satu kebanggaan namun ia merupakan tanggung jawab yang diberati ke atas kamu.
Pelik bila ia menjadi gimik politik semata-mata dalam keadaan rakyat berhadapan dengan ancaman Covid-19 sandirawa terus dimainkan dan kehendak nafsu diutamakan.
Cuba kita renung kisah Saidin Abu Zar yang ditegur oleh baginda Nabi Muhammad atas kehendak beliau menjadi pemimpin.
Saidina Abu Zar pernah meminta supaya beliau dilantik menjadi pemimpin.Saidina Abu Zar berkata kepada Rasulullah ﷺ: Bolehkah engkau melantik aku sebagai pemimpin Ya Rasulallah?
Rasulullah dengan tenang menjawab:
يا أبا ذر إني أراك ضعيفاً، وإنى أحبُّ لك ما أحب لنفسي، لا تأمرن على اثنين ولا تولين مال يتيم”
Maksudnya: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau sebagai orang yang lemah, dan aku mencintai buatmu apa yang aku cintai buat diriku sendiri. Janganlah engkau menjadi pemerintah walau untuk dua orang dan janganlah engkau menguruskan harta anak yatim.” (HR Muslim)
Saidina Abu Zar bukanlah seorang yang lemah fizikalnya bahkan beliau seorang yang gagah namun kerana beratnya amanah kepimpinan ia bukan sahaja memerlukan kekuatan tubuh badan namun perlu juga pada akal yang cerdas dan cergas.
Sebab itu Islam telah menggariskan ketetapan yang mesti di ikut untuk memilih juga memikul amanah kepimpinan ini antaranya adalah “Qawiyyul Amin”
QAWIYY yang bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya.
AMIN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlak seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai integriti.
Cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Tunggu lah pilihanraya,
Kita bersua muka.
Hanif J
Rasa mual dengan gimik.
Ustaz Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor