Home Berita PAS Selangor

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat & Orang Bekerja Sendiri – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

701
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Rata-rata para peniaga yang bekerja sendiri serta yang bukan kakitangan kerajaan rasa senak dengan PKPB. Tapi apakan daya mereka tiada pilihan.

Mereka akan mengharungi lagi kesakitan. Kesakitan ekonomi dan kesakitan mencari pendapatan.

Sebab itu kita percaya pihak kerajaan masih membuka ruang kepada sektor ekonomi untuk aktif dan diteruskan.

Mereka yang ada wang sila belanjakan. Jangan biar wang anda dibekukan. Itulah cara untuk membantu kumpulan di atas.

Jika ada ruang dibuka untuk infaq bantuan kepada mereka yang memerlukan sila tuan berikan. Jangan terlampau lama dihitung fikirkan. Itulah cara membantu mereka yang sempit pendapatan.

Benar, bila sampai tempohnya PKPB ini perlu dihentikan. Jadi patuhi lah arahan. Jangan berkeliaran dan duduk di rumah jika tiada urusan.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor