Pelantikan Bersejarah | Usaha Dakwah Dan Jaringan Siasah PAS Di Negeri Sabah
Tahniah diucapkan kepada Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, atas lantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Negeri Sabah.
Ini adalah sejarah besar, buat pertama kalinya PAS berjaya menempatkan seorang ADUN di Sabah.
Semoga Dr Aliakbar, dapat menjalankan tugas dan menunaikan amanah dengan baik dan cemerlang.
Didoakan, dengan kejayaan dan pelantikan ini, usaha dakwah dan jaringan siasah PAS di Negeri Bawah Bayu tersebut terus melebar dan membugar.
Bagi pihak PAS Kawasan Parit, sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Dr Aliakbar, juga ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan.
Ustaz Hj Muhammad Ismi B Hj Mat Taib
Yang DiPertua PAS Kawasan Parit.