Oleh : Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Nasib Rakyat Selangor : Apa Kesudahannya?
Seluruh negara sedang bergelut dengan gelombang baru penularan wabak COVID-19. Terkini apabila beberapa daerah di Sabah dan Selangor diisytiharkan sebagai zon merah. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
Namun, nasib rakyat Selangor bertambah parah apabila timbul lagi isu gangguan bekalan Air di Selangor. Walaupun dimaklumkan dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, peratusan pemulihan telah meningkat ke 95%. Akan tetapi berulangnya isu gangguan air ini perlu di atasi segera. Saban bulan berlaku tidak kira samaada punca masalah dari bahan buangan pencemaran kilang atau kebocoran paip semacam tiada kesudahan.
Rakyat Selangor terpaksa berangkut air bersih untuk keperluan harian yang sudah tentu menyulitkan kehidupan rakyat di “Negeri yang kaya” ini. Mohon pihak berwajib menangani isu ini secara serius. Jangan perjudikan nasib rakyat yang kini sedang merana dengan wabak dan kepayahan untuk membangunkan semula ekonomi masing-masing.
Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
20 Safar 1441H | 8 Oktober 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor