Home Berita PAS Selangor

Sleep Hygiene “Tidur Yang Sempurna” – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

577
SHARE

Oleh : Zukri Bin Ahmad

للَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ
“Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” – Al Mukmin, 61

Setelah seharian bekerja pada waktu siang, sudah tentu kita memerlukan rehat yang berkualiti pada waktu malam. Rehat yang dimaksudkan adalah tidur yang nyenyak. Tidur yang berkualiti bukan diukur dengan banyaknya waktu tidur tetapi sempurna atau tidak tidur tersebut. Apabila bangun tidur kita merasa segar dan bersemangat, itu menandakan tidur kita berkualiti. Walaupun sekadar 2-3 jam.

Secara umumnya mereka yang berjaga atau tidak tidur malam boleh mengganggu memori, berat badan, emosi dan kesihatan fizikal.

Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk tidur yang sempurna dan berkualiti:

  1. Bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari. Mungkin sukar pada sesetengah orang tetapi jika diamalkan ia akan membantu otak dan badan kita berdisplin dalam “bekerja”. Tidur jam 12 tengahmalam dan bangun jam 5 pagi mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang berprogram atau bermesyuarat pada waktu malam. Cuma pastikan pengerusi mesyuarat tamatkan pada jam 11 malam. Alasan – untuk tidur yang berkualiti!
  2. Kerap bersenam. Bersenam boleh bantu badan untuk merasa “penat” dan akhirnya kita mendapat tidur yang nyenyak.
  3. Lakukan aktiviti yang tenang sebelum tidur seperti membaca atau sembang santai bersama ahli keluarga. Membaca al-Quran adalah pilihan yang utama. Jadikan al-Mulk sebagai amalan. InsyaAllah kita akan tenang sebelum melelapkan mata untuk tidur sempurna.
  4. Elakkan penggunaan gajet diatas katil. Ini mungkin sukar untuk dilakukan oleh anak-anak mellennial. Bersosial secara maya diatas katil mengheret kita untuk tidur lewat. Kadang-kadang terjaga kerana teringatkan intipati bahan yang dibualkan oleh warga maya yang belum berbalas. Sebaiknya matikan telefon bimbit atau letakkan berjauhan dari katil untuk tidur yang berkualiti. InsyaAllah esok masih ada.
  5. Jangan makan sebelum tidur dan jangan tidur ketika lapar. Ini juga cabaran untuk kita terutama pada mereka yang beraktiviti pada waktu malam. Untuk segera ke program kita akan “skip” waktu makan malam, kemudian makan selepas program. Ataupun apabila penat, langsung tidak makan. Ini akan mengganggu tidur. Waktu makan malam yang terbaik adalah sebelum waktu Maghrib. Atau jika tidak sempat, pastikan 2-3 jam sebelum waktu tidur.

Semoga tips ini berguna untuk kita. Perlu diingat, tidur yang sempurna yang dimaksudkan diatas bukanlah bermaksud tidur sehingga pagi.

Sebagai seorang pejuang, waktu malam adalah waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Malam itu selain untuk berehat, menenangkan diri dari kesibukan di siang hari. Allah menyebut dalam surah al-Muzzammil, ayat 6 yang maksudnya “Sesungguhnya ibadah pada saat-saat waktu malam itu lebih kuat kesannya keatas jiwa dan lebih lurus bacaan kita (lebih kusyuk)”.

Oleh itu, rancanglah waktu tidur bersekali dengan niat untuk bangun disepertiganya mencari keredhaan Allah.

Dah lama tak dapat tidur siang.

Zukri Bin Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor