Oleh : Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Kuala Lumpur | 30 September 2020
Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Selangor mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Urusan Harakah dan Jabatan Penerangan PAS Pusat di Jalan Pahang Kuala Lumpur.
Pertemuan berlangsung hampir 2 jam itu dihadiri oleh Tuan Kamaruzaman Mohamad Ketua Penerangan PAS Pusat, Puan Kartini Pengarah Jabatan Penerangan dan termasuk pegawai serta kakitangan operasi Pejabat Urusan Harakah. Sesi taklimat yang disampaikan berhubung bidang tugas disamping perbincangan dua hala bagi mengukuhkan gerak kerja Penerangan dan langganan Harakah.
Bagi pihak Penerangan PAS Selangor dihadiri oleh Us Syarhan Halim Ketua Penerangan Selangor, Us Mohamad Ibrahim Ketua Penerangan Dewan Ulama, Puan Arin Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Sdr Damanhuri Setiausaha Penerangan dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Negeri Selangor yang lain.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor