إنا لله وإنا إليه راجعون
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga almarhum Tuan Guru Hj Mad Dali yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Beliau merupakan antara murid terawal Tuan Guru Hj Abdul Latiff atau lebih dikenali Pakteh Kroh. Pakteh Kroh membina pondok tersebut yang diberi nama Madrasah ad Diniah al Latifiah sejak 1967 dan diwarisi oleh Tg Hj Mad Dali sejak pemergian beliau.
Pada tahun 1995 beliau pernah bertanding pilihanraya DUN Pengkalan Hulu sebagai calon PAS yang mana ketika itu baru sahaja wujud setelah persempadanan semula.
Selain itu beliau juga pernah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Gerik.
Anak-anak Muridmu menjadi saksi akan segala pengorbananmu selaku pendidik yang mengajak ke jalan Allah di dunia apatah lagi ke akhirat InsyaAllah. Semoga ilmunya dapat diteruskan oleh para muridnya.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، اللهم لا تحرمنا اجره ولا تفتنا بعده واغفر لنا وله ،اللهم تقبل حسناته وارفع درجاته عندك وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوْبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنْقَى الثَّوْبُ الاَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَاجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ