BAGAN SERAI – Selepas mendengar perkhabaran tentang mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bagan Serai, Jamaluddin Abdul Hamid yang telah kembali ke rahmatullah YB Tuan Hj Razman Zakaria yang dalam perjalanan ke program di Taiping segera singgah menziarahi keluarga Allahyarham di Parit gabis atas.
Ketibaan disambut timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Ustaz Sayuti dan penduduk kampung serta ahli keluarga Allahyarham.
Selepas beramah mesra dan menyantuni penduduk setempat YB segera masuk ke dalam rumah dan melihat jenazah seterusnya mendoakan kebaikan ke atas Allahyarham.
Sejurus keluar dari rumah allahyarham YB diberitakan terdapat satu lagi kematian di dalam kampung yang sama tidak jauh dari situ dimana jenazah masih lagi berada di hospital Taiping.
Tanpa membuang masa YB membonceng motosikal bersama Ustaz Sayuti menuju ke lokasi di maklumkan.
Sesampainya di lokasi YB mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga di samping memaklumkan skim khairat kematian sumbangan kerajaan negeri berjumlah Rm500 yang layak dituntut.
Menurut semakan dari pegawai pengiring kedua-dua keluarga kematian di kampung tersebut layak menerima skim khairat kematian tersebut berdasarkan kriteria umur melebihi 60 tahun bagi waris Jamaluddin manakala waris Allahyarham Mat Yusof Mat Nor walaupun tidak cukup 60 tahun tetapi kelayakan diterima berdasarkan kriteria penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.