Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS PRU ke 15 Parlimen Kuala Krau peringkat DUN Kerdau telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Darul Hikmah Kerdau.
Dirasmikan Oleh YB Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz YDP PAS Kawasan Kuala Krau merangkap ADUN Jengka.
Semua jentera pilihanraya di semua peringkat diharapkan dapat bersedia dengan gerak kerja kerana pru15 mungkin akan berlangsung bila bila masa sahaja.
Semua jentera dari wakil pemuda, muslimat dan semua telah hadir bagi mendapatkan maklumat dan info semasa berkenaan gerak kerja yang akan dilakukan bermula Oktober ini.