Oleh : Ustaz Hanif J
Bahang PRU15 semakin kuat terasa. Pengumuman “PM Numbers ” semalam menguatkan lagi spikulasi PRU15 semakin hampir.
Saya selaku anak muda yang bersama dengan Muafakat Nasional amat mengharapkan penilitian yang ketat dibuat oleh kesemua parti dalam Muafakat Nasional ke atas calon-calon yang akan bertanding.
- Berintegriti dan amanah.
Pengundi kini lebih bijak memilih dan menilai mereka tidak melihat hanya pada populariti calon mahupun nama besar namun mereka memilih berdasarkan tahan integriti yang tinggi.
Hasil dari satu kajian yang dibuat oleh Panel Penyelidik Universiti Malaya mendapati bahawa rakyat cenderung untuk memilih kepada calon yang mempunyai sifat amanah yang tinggi dan bebas dari salah laku pecah amanah dll
Amanah ni bukan satu kemuliaan tetapi tanggungjawab yang akan dipersoalkan jadi kalau bertanding sebab nak popular baik jadi artis.
Dalam Islam nilai utama pemimpin ialah amanah bukannya soal populariti. Rasulullah SAW menerangkan sifat amanah seperti nasihat Baginda kepada Abi Dzar RA. Baginda menjelaskan kesan apabila hilangnya amanah dalam kepimpinan jika jatuh kepada orang yang tidak berhak menjadi pemimpin.
- Tidak terlibat dengan rasuah dan kes mahkamah.
Yang ni serius mana-mana nama yang pernah terlibat dengan rasuah dan kes mahkamah jangan laa diletakkan sebagai calon. Yang sedang dalam perbicaraan pun sebaiknya tidak dijadikan calon juga walaupun belum terbukti bersalah. Bersihkan nama sebaik yang mungkin terlebih dahulu.
Rakyat memerhati dan menilai. Rakyat mahukan wakil rakyat yang benar-benar bersih. Yang tidak dikaitkan dengan salah laku kuasa mahupun rasuah.
Undi yang mereka berikan bukanlah satu pangkahan semata-mata namun ia adalah kepercayaan yang sangat tinggi diberikan kepada wakil rakyat maka jangan dikhianatinya.
- Bukan jenis “Sembang berapi, kentut berasap”
Janji biar tidak melangit asalkan dapat membumikan harapan yang diberikan. Usaha untuk jadi yang berkhidmat untuk rakyat.
Jangan jadi macam PH manifesto bukan main kencang janji itu janji ini tapi apa pun tiada duk ulang “Takkan harini kahwin esok nak beranak”
Rakyat memerhati dan Rakyat memilih. Harapan kecil yang sangat besar.
Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor