Home Berita PAS Selangor

Pelapis Yang Hebat Adalah Suatu Kebanggaan – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP PAS Negeri Selangor

943
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammed Sukri Omar

4 Safar 1442H | 22 September 2020

Politik berpaksi PROKSI akan GAGAL membawa aspirasi PERJUANGAN ISLAM dan membentuk PELAPIS. Akhirnya menatijahkan Gerakan Islam lesu. Kerana mereka hilang arah kerana terbiasa di pandu oleh orang lain. Perjuangan yang lahir bukan dari kefahaman dan jati diri yang utuh akan runtuh.

Oleh itu pembentukan abnaul harakah mesti diberikan tumpuan dalam membentuk IDEALISME dan JATI DIRI Islam dalam jiwa mereka.

Selagi kita mempunyai Generasi yang kekuatan berikut :
1)Senantiasa dahagakan ilmu,
2) jiwa yg kental menempuh cabaran dan tidak kenal erti mengalah
3) Semangat Kendiri
4) Fikrah Islam yang jelas
5) Mendukung perjuangan Islam dengan Ikhlas
6) Kukuh Prinsipnya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
7) Tidak kabur dengan persona dunia
8)Tinggi kebergantungan pada Allah SWT
9) Teguh melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta menjaga diri dari melaksanakan larangannya.

Nescaya perjuangan ini akan senantiasa ada pelapis yang hebat mendukunginya. Tanggungjawab para nuqoba dan para qiyadah untuk berkerja menyediakan generasi pelapis perjuangan Islam.

Mekanisme tarbiyyah seperti Usrah, Tamrin, Mukhayyam dan lain-lain mesti senantiasa dikaji dan dikemaskini pengisiannya. Namun begitu semua itu hanyalah ikhtiyar kita dalam membentuk Generasi pelapis. Yang paling utama adalah doa kita semua agar sentiasa ada Generasi yang lebih hebat yang akan meneruskan perjuangan ini.

Usah iri hati dengan generasi pelapis, tetapi sediakan ruang pada mereka untuk menyerlah kemampuan mereka. Agar semuanya bermanfaat untuk meninggikan agama ini.

Kepimpinan yang hebat adalah senantiasa bekerja dalam pasukan. Bukan hanya bekerja untuk dirinya tetapi mengerakkan pasukannya bersama.

Dalam perjuangan ini menjadi pemimpin yang hebat bukanlah suatu kebanggaan tetapi menyediakan pelapis yang hebat adalah suatu kebanggaan.

Apa ertinya menjadi pemimpin yang hebat tetapi kita meninggalkan pelapis yang lemah dan gagal menerus aspirasi perjuangan Islam yang kita dukungi.

Sekadar sedikit tulisan bagi mengeluarkan apa yang terbuku didada setelah pengamatan beberapa waktu. Kemungkinan ada silapnya kerana saya penuh kelemahan.

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor