Home Artikel PAS Pahang

PAS PAHANG LANCAR JENTERA PENERANGAN BERSEPADU

330
SHARE
Oleh: Fitri Malek

KUANTAN: Jentera Jabatan Penerangan PAS Pahang telah diaktifkan ke mode bersedia di tahap terbaik bagi memastikan PAS berupaya memberikan undi yang signifikan dalam mengekalkan kerajaan Muafakat Nasional di negeri Pahang.

Ketua Penerangan PAS Pahang, YB Ustaz Mohd. Tarmizi Yahaya berkata bahawa jentera penerangan adalah seperti kor semboyan dalam pasukan tentera yang berfungsi untuk memastikan segala aspirasi, isu dan hasrat pimpinan dan parti serta pentadbiran nasional sampai kepada masyarakat.

Beliau berucap ketika merasmikan penutupan program simulasi Pengamal Media PAS Pahang yang menghimpunkan lebih 100 orang jentera media PAS Pahang serta wakil-wakil daripada pejabat ADUN PAS di Pusat Tarbiah (PUTRA) Balok kelmarin.

Dalam pada itu, peserta juga berkesempatan mendengar amanat daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohammad yang turun memberi sokongan dan semangat kepada para jentera. Beliau antara lain menekankan bahawa jentera penerangan ini merupakan tulang belakang kepada peperangan politik zaman kini. Rakyat kebanyakan akan menjadikan medium media sosial sebagai rujukan maka jentera penerangan perlu sentiasa ke depan dalam menjawab dan menerang pelbagai isu.