Kuantan, 20 September – YB Ustaz Mohd Tarmizi bin Yahaya, ADN Panching menyeru agar anak muda terutamanya di dalam DN Panching segera untuk daftar sebagai pemilih.
“Anak muda yang cukup umur 21 tahun perlu mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 15 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi”.
Beliau berkata demikian di dalam program penyampaian bantuan MOSWAY yang diadakan di Surau At Taqwa Taman Pandan Permai, Kuantan di sini hari ini.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar merangkap Ketua Penerangan PAS Pahang menyeru agar para ibu bapa mengambil tanggungjawab dengan memastikan anak-anak mereka telah mendaftar sebagai pemilih yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Umum telah mengetahui bahawa, seruan PRU ke 15 telah kuat berkemundang. Namun demikian, bilangan daftar pemilih di kalangan orang Melayu masih tidak mencapai sasaran.
Oleh yang demikian, orang ramai diseru agar mempergiatkan daftar pemilih terutamanya anak muda.
“Pada hari ini, akan diadakan satu program khas di bawah Jabatan Penerangan Negeri di Putra Balok bagi mempersiapkan Jentera Penerangan PAS di peringkat agar umbi”, maklumnya.
“Ini adalah satu persiapan dan signal menandakan pilihanraya akan dilaksanakan tidak lama lagi”, tambahnya.
Program MOSWAY anjuran PAS Cawangan Taman Tas hari ini melibatkan 66 orang yang terdiri daripada penerima-penerima dari Taman Tas, Kuantan dan kawasan sekitarnya.
Penulis: Hijau Aman