Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Hulu Langat, Selangor | 20 September 2020
Ziarah Skuad Prihatin LKK DMPNS bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan telah meneruskan aktiviti program ziarah berkala.
Kali ini Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor turun ke Kawasan Hulu Langat bagi menyantuni 6 keluarga dari kalangan MOSWA.
Rumah pertama menyantuni saudara baru,seorang ibu yang terlantar sakit. Rumah kedua seorang ahli DHPP pesara askar yang menjaga istri yang sakit akibat strok dan anak OKU. Destinasi ketiga menziarahi sepasang suami istri yang diuji dengan sakit strok dan kanser ovari.
Pasangan suami istri dirumah keempat juga senasib, isteri beliau terlantar akibat strok dan suaminya perlu menjalani dialisis akibat kegagalan buah pinggang. Terakhir LKK DMPNS menziarahi ibu kepada seorang muslimat muda yang mengidap kanser.
Ziarah turut disertai YDP PAS Kawasan Hulu Langat merangkap Pengerusi LKK Selangor, Saudara Mat Jan Bin Sulong.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#ZiarahKebajikanLKKDMPNS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MendokongMuafakatNasional
#SelangorSejahtera