Home Artikel PAS Pahang

PIB : Mendepani Cabaran BMF

896
SHARE

Kuantan, 20 September – Pasaraya Irsyad Balok (PIB) merupakan salah satu pasaraya bumiputera yang bertapak di mukim Balok, Indera Mahkota, Kuantan sejak Mei 2019 dan mula beroperasi pada 16 Disember 2019.

Penubuhan PIB yang terletak di tengah-tengah kepadatan penduduk di mukim Balok merupakan idea asal bagi mendanai kos operasi Sekolah Irsyad Balok yang merupakan sebuah sekolah swasta yang telah beroperasi selama 20 tahun di mukim ini.

 Selain itu, PIB mempunyai kekuatan tersendiri yang merupakan pembekal utama bahan-bahan mentah segar daripada penduduk tempatan yang sememangnya terkenal dengan ikan dan ayam yang segar.

Mohd Faiz bin Baharuddin, Ahli Lembaga Pengarah PIB berkata, PIB mempunyai kekuatan sendiri. Lebih daripada 50 peratus daripada pembekal merupakan bumiputera.

“Kita mempunyai lebih daripada 50 peratus pembekal daripada Melayu bumiputera. Selain itu, bahan-bahan yang dibekal seperti ikan dan ayam merupakan bahan-bahan segar yang didapati daripada penduduk tempatan”, katanya.

Menurutnya lagi, walaupun mempunyai persaingan daripada pasaraya yang besar di sekitar mukim ini, namun PIB mencatatkan keuntungan yang baik.

“Walaupun kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac yang lalu, PIB masih mencatatkan keuntungan walaupun dalam PKP sejak Mac lalu”, tambahnya.

Beliau juga menambah, kempen _Buy Muslim First_ yang tular sejak tahun lepas memberi kesan langsung kepada jualan PIB. Namun sejak akhir-akhir ini ia semakin suram berdasarkan hasil daripada jualan PIB sekarang berbanding semasa kempen tersebut tular.

Oleh itu, PIB tidak menolak kempen BMF dan sangat mengharapkan kempen tersebut terus menerus dilaksanakan.

Walaupun begitu, hasrat pasaraya ini ingin melihat anak-anak muda menceburi bidang perniagaan masih lagi tidak kesampaian.

Menurut Puan Asma binti Abdullah, juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PIB mengatakan, besar hasrat PIB ingin melihat anak-anak muda diluar sana untuk menceburi bidang perniagaan secara serius.

“Kita sememangnya ingin melihat anak-anak muda diluar sana menceburi bidang perniagaan secara serius dan tidak bergantung kepada makan gaji semata-mata, jika anak muda dapat jual burger kepada tidak menceburi bidang perniagaan yang lebih serius, mungkin tidak sebesar pasaraya ini, namun bukalah kedai runcit seperti Tunas Mart”, katanya.

PIB juga mempelawa anak-anak muda yang ingin mempelajari selok-selok perniagaan untuk datang sendiri ke PIB bagi mempelajari sendiri perniagaan ini dengan menghubungi Penolong Pengurus En. Mohd Asyraf bin Abdul Azizi di talian 016-6362072 / 010-3640134 (Pejabat).

Sebagai tambahan, PIB akan mengorak langkah di masa hadapan untuk menjadi satu pasaraya borong tidak lama lagi yang akan membekalkan barangan di seluruh Kuantan.

CC : Paya Besar