INDERA MAHKOTA, 20 September – Sejumlah RM 500 ribu dana diperlukan untuk meneruskan pembinaan Kompleks Ibnu Khaldun yang terletak di Perkampungan Chengal Lempong, Balok.
Menurut Pengurus PASTI Ibnu Khaldun yang juga merangkap Ketua Pas Cawangan Chengal Lempong, Encik Azhar bin Mahmud, Kompleks tersebut sudah pun siap sekitar 47% dengan keluasan 3 tingkat ruang sederhana besar.
Bahagian bawah dan tingkat 1 akan menempatkan kelas-kelas pelajar PASTI yang berumur 4,5, dan 6 Tahun. Manakala bahagian tingkat 3 akan menempatkan ruang pejabat PAS Cawangan Chengal Lempong dan Dewan bagi kegunaan parti. Menurut beliau lagi, bangunan PASTI yang lama akan ditamatkan kontrak pada hujung tahun ini.
Mengulas lanjut, Encik Azhar berkata, Kos keseluruhan bagi pembinaan ini adalah RM 1.1 Juta. Sejumlah RM 450 ribu telah pun digunakan bagi kerja-kerja pembinaan fasa 1 dan fasa 2. Fasa berikutnya masih memerlukan RM 500 ribu.
“Besarlah harapan kami, pihak pengurusan Cawangan Chengal Lempong dan PASTI Ibnu Khaldun agar Kompleks ini dapat dirasmikan dan digunakan pada tahun 2021”, kata Encik Azhar.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat, 06010004052710 atas nama PASTI Ibnu Khaldun, Chengal Lempong