Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Munajat Akifi: Giatkan Trend Penulisan Dakwah di Medsos

864
SHARE

Munajat Akifi: Giatkan Trend Penulisan Dakwah di Medsos

Oleh : Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: Munajat AKIFI bergema di surau D’ Village Resort Melaka yang dipimpin oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Hjh Aziah Saad.

Taujihat itu dipesan oleh beliau dengan berkata media semasa terkini sangat kurang menerapkan unsur dakwah atau sifat kepimpinan Rasulullah serta imarah masjid.

Justeru katanya, muslimat muda perlu pergiat dan menguasai media digital montaj, video, lambakan penulisan di carian google agar agama Islam lebih tersebar dan izzahkan kisah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.

“Anak-anak muda perlu terkehadapan dalam media semasa lebih lagi dunia digital terkini. Zaman saya dah nak berlalu pergi.

“Muslimat muda perlu ambil galas untuk sebarkan dakwah dan giatkan aktiviti lapangan.

“Disamping kerja IT Teknikal, munajat AKIFI jangan tinggal. Sambil bekerja, teruskan bermunajat agar Allah permudahkan segala gerak kerja kita semua,” ujarnya lagi.