Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Malaysia: Muafakat Menjamin Kesejahteraan

753
SHARE

Hari Malaysia: Muafakat Menjamin Kesejahteraan

16 September tarikh bersejarah yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia sehingga kini. Tarikh ini menyaksikan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk negara Malaysia yang ada sehingga kini.

Keterlibatan Sabah dan Sarawak khususnya dalam proses pembangunan negara tidak wajar dipandang sepi. Mereka adalah sebahagian dari warga Malaysia yang pelbagai dan unik dari sudut sosio-budaya.

Malah bukan sahaja dari aspek pembangunan, namun keterlibatan dari sudut sosial, agama dan keharmonian hubungan sejagat antara rakyat Malaysia Semenanjung beserta Sabah dan Sarawak.

Sempena Hari Malaysia hari ini, marilah sama-sama kita menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa prihatin, berakhlak mulia, bersama menjiwai rukun negara dan patuh dengan perlembagaan negara. Selain itu juga, bersama membantu meningkatkan sosio ekonomi negara dalam menghadapi suasana pandemik covid 19 ini, serta saling berganding-bahu antara semua golongan tidak kira kaum, umur mahupun jawatan pangkat.

Berikan sumbangan yang terbaik. Kongsi segala pengalaman dan kepakaran yang dimiliki agar erti memberi itu akan lebih bermakna dan jadilah insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta Malaysia!

“Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

SENATOR YB USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 September 2020 bersamaan 28 Muharram 1442H