Home Berita PAS Sabah

Bahaya undi parti ‘belingkasa’, perdaya rakyat

901
SHARE

Oleh: Basith Samad
13 September 2020

KINABATANGAN: Perwakilan PAS Negeri Sabah berpesan kepada rakyat Sabah supaya berhati-hati dengan parti semenanjung yang menggunakan bendera parti lokal kerana keberadaan mereka tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata mereka ini tidak yakin dengan panji mereka sendiri. Mereka takut akan kekalahan ditolak rakyat Sabah jika menggunakan bendera parti sendiri dalam PRN Sabah kali ini.

Beliau berkata sedemikian pagi tadi ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 66 di Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Parti ini adalah parti pengecut. Jangan tertipu dengan keadaan ini. Mereka sebenarnya berpura-pura. Datang ke Sabah semata-mata untuk menyelewengkan pemikiran dan membawa aliran yang ekstremis dalam masyarakat,” tegasnya.

“Ada satu binatang di Sabah namanya belingkasa, kalau di semenanjung dipanggil sesumpah. Belingkasa ini bertukar warna. Jangan tertipu dengan parti belingkasa parti sesumpah ini sebaliknya beri sokongan kepada BN dan PN,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan calon DAP yang bertanding pada PRN Sabah tidak akan menggunkan logo parti mereka sendiri, sebaliknya berada dibawah bendera Warisan. Perkara ini turut diikuti oleh Amanah.