بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.
- Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor berasa terpanggil untuk memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Datuk Shabudin Yahaya dalam persidangan Dewan Negara berkaitan 4.2 juta penduduk berusia 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
- Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor juga bersetuju agar tanggungjawab untuk menyedarkan mereka khususnya anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi tidak harus diletakkan di bahu SPR semata – mata tetapi ianya adalah tanggungwab semua rakyat Malaysia.
- Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor mengarahkan semua peringkat akar umbi untuk melipatgandakan usaha menyeru ahli dan juga rakyat Malaysia khususnya Anak Muda yang berada di selangor agar mendaftarkan diri sebagai pegundi, kerana mereka merupakan penentu bagi halatuju dan masa depan negara.
- Pendaftaran pemilih juga boleh dilaksanakan melalui Ejen Pendaftar Pemilih Parti PAS yang telah dilantik oleh Pihak SPR di setiap parlimen atau terus ke pejabat SPR dan Pejabat Pos. Pendaftaran juga boleh dilaksanakan melalui pendaftaran secara atas talian https://mysprdaftar.spr.gov.my
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
Zukri Ahmad
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
23 Muharam 1442H | 11 September 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor