Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Kenyataan Media : PAS Labuan gesa merangka tindak (blueprint) pembangunan Labuan diperkasa semula

495
SHARE

Merujuk kepada ucapan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr Annuar Musa semasa Town Hall bersama kakitangan Perbadanan Labuan (PL) pada 4 September 2020 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang lalu, beliau menyatakan supaya blueprint atau merangka tindak pembangunan Labuan mesti dilihat dan diperkasakan semula.

Atas dasar menyahut saranan YB Menteri tersebut maka, PAS Labuan mencadangkan;

1. PL wajib mengadakan satu sesi brainstorming atau sumbang saran dalam masa terdekat yang melibatkan seluruh entiti yang ada di Labuan iaitu pemimpin-pemimpin parti tempatan , Jabatan-Jabatan kerajaan, pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan pakar-pakar dalam semua bidang.

2. Perbincangan hendaklah meliputi:

Aspek Pembangunan Manusiawi;

– Pemerkasaan ilmu dan minda.

– Pemerkasaan akhlak.

– Pemerkasaan sivik.

– Pemerkasaan sosial khususnya perpaduan.

Aspek Pembangunan Ekonomi;

Makro :-

i. Tidak menjejaskan elemen-elemen manusiawi,

ii. Tidak menjejaskan alam sekitar,

iii. Memaksimakan partisipasi anak tempatan (Pemegang Saham dan perjawatan) dan,

iv. Meningkatkan nilai tambah kepada ‘Komuniti Tempatan’.

Mikro :-

i. Bersifat mesra peniaga-peniaga kecil tempatan (kurang birokrasi dan tidak rigid)

ii. Memperbanyakkan dan menggalakkan taburan gerai satelit (satellite stall) yang tersusun dan moden di sekitar kampung-kampung.

  • Membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan mempermudahkan peniaga-peniaga kecil untuk menjimatkan kos penghantaran, memaksimakan pendapatan dan menjimatkan masa berbanding mereka menghantar hasil jauh ke pusat bandar.
    Begitu juga aspek aspek pembangunan sosial, pembangunan material, kelestarian Alam sekitar dan halatuju perindustrian.

PAS Labuan yakin dengan pemerkasaan semula tersebut, akhirnya kesemua elemen-elemen tadi berupaya melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak, berinovasi, proaktif, kreatif, efektif dan keharmonian antara kaum juga akan dapat dicapai.

 

Firman Allah dalam surah Al Mujadalah ayat 11 :

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Ertinya:

Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Hj Hamir Bin Hj Zahari
Yang Dipertua PAS Labuan
10 September 2020