Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi beri sumbangan kepada asnaf Dun Karamunting.

645
SHARE

Oleh : Salmiyah Sapie
09 September 2020

BATU SAPI : PAS Batu Sapi komited merasai denyut nadi derita rakyat dengan terus melaksanakan ziarah dan beri sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan yang mana diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

Penyerahan sumbangan kepada beberapa orang asnaf disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah merangkap Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Batu Sapi N54 Karamunting kelmarin.

Norsah dalam ucapan beliau ketika ditemui berasa sangat terharu dan gembira dengan penerimaan penduduk Dun Karamunting sepanjang ziarah berlangsung.

Beliau juga berharap agar PAS diberi ruang dan peluang untuk terus berkhidmat dan berbakti sebagai wakil rakyat di Dun Karamunting bagi membolehkan PAS terus membantu masyarakat di sini.